hello readers!!! :)
.lamaaaaaa tak update blog mawar ni...
rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu semua.... rindu nak berceloteh kat laman ni... sorry la sebab lama tak jenguk dan post new entri dalam blogger ni... hati tu selalu ingat nak update blog, tapi selalu jugak tak sempat,,..
tahun 2017...
dah bulan April dah pun... bermakna 4 bulan tak update new story... tentang embun dan kekwa...
:)
okayla, mawar update sikit pasal perkembangan puteri saya yang dua orang tu ye...
Embun,,, dah pun darjah dua... dan Kekwa pula dah darjah satu .
alhamdulillah... sekejap je mereka dah besar, dah bersekolah.... mula menapak untuk satu fasa yg baru... fasa persekolahan....
umi busyyy sebab mereka lah! siapa lagi? selain daripada busy nak jadi stalker #lofattah, umi embun dan kekwa sebenarnya busy menguruskan hal rutin ....maklumla bila anak anak dah mula sekolah, bermakna jadual hidup pun kena ubah la sikit..eh, bukan sikit, sebenarnya berubah hampir 180 darjah terbaliknya kehidupan ni.... hihi...
pagi pagi, siapkan anak anak dan saya akan menghantar mereka ke sekolah...
Embun saya hantar ke sekolah rendah dan Kekwa ke sekolah agama di waktu pagi...
alhamdulillah, impian saya nak bawak kereta dan hantar anak anak ke sekolah dengan sendiri termakbul... syukur, Allah beri jalan untuk saya lakukannya... di entri saya yang lama dahulu, saya pernah mengeluh kesah hanya sebab saya tidak pandai memandu.. masa tu impian saya, saya mahu berdikari dan ingin terus melangkah untuk besarkan anak anak saya yg masih bayi...
syukur, dengan izin Allah jua lah saya sekarang mampu dan berupaya untuk menghantar dan menyekolahkan anak anak saya. Sungguh, saya terharu dan bersyukur sekali.Sesungguhnya saya amat merasai kasih sayang Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. kerana tanpa izin Nya, tidak mungkin saya mampu berdiri sendiri sehingga hari ini. Semua berbalik kepada pertolongan Nya. Syukur, syukur, syukur... Alhamdulillah.....
Embun dan kekwa berbeza sesi persekolahan, Embun sekolah kebangsaan pagi, Kekwa pula di sebelah petang. Saya juga menghantar mereka ke sekolah agama integrasi (KAFA) supaya mereka seimbang pelajaran dunia dan akhirat. inshaAllah... Embun sekolah agama di waktu petang manakala Kekwa sekolah di waktu pagi. Mereka cuma transit di taska berdekatan sekolah untuk menukar pakaian dan makan tengah hari. Alhamdulillah, mujur ada perkhidmatan transit sebegini, memudahkan cara dan urusan ibubapa untuk menguruskan anak-anak mereka. lebih lebih lagi bagi yang berkerjaya. Saya antara ibubapa yang memerlukan perkhidmatan sebegini.
Sebelum saya berpindah ke shah alam dari Kluang, saya selalu memikirkan bagaimana caranya untuk saya menjaga anak saya bila mereka sudah mula bersekolah. Macam-macam bermain di fikiran saya,urusan tempat tinggal, urusan bas, urusan makan dan minum mereka, segala-galanya saya harus fikirkan sendiri. Tetapi mujur masa itu mama saya masih ada, dia bersama-sama saya memikirkan cara bila nanti cucunya mula bersekolah, mama mahu menjaga mereka. Kata mama, mereka sudah besar, mesti tiada apa sangat yang perlu mama jaga, cuma tengok-tengok saja kata mama.
Allah.. kita manusia hanya mampu merancang.. Dia jualah yang Menentukan perjalanan takdir hidup kita. Ditakdirkan mama saya pergi dahulu sebelum mama sempat melihat cucu yatimnya bersekolah.
Saya tiada sesiapa untuk bergantung selain Nya. Sungguh manis pengalaman berharga ini. Saya terima dengan redha dan saya percaya, tentu ada jalannya.
Nah, lihatlah sekarang, Embun dan Kekwa berdikari sedari kecil, mereka membesar di taska, dan bila bersekolah, mereka menguruskan diri mereka sendiri di pusat transit. Subahanallah, indah sungguh perjalanan yang Allah telah ukirkan untuk anak anak yatim ini. Mereka diajar tentang erti berdikari yang sebenar-benarnya. Dari bayi hingga sekarang, mereka di usia tujuh dan lapan tahun, mereka sudah pandai megurus diri. Sifat anak yatim memang luar biasa sekali dan sebab itulah mereka istimewa. Terlalu istimewa!
Syukur, seusai saya habis waktu bekerja, saya sendiri akan menjemput mereka di pusat transit. Kami bertiga akan makan dahulu di kedai, atau jika saya rajin, saya akan masak di rumah (oh, itu jarang sebenarnya! ;p) Sampai di rumah, jam sudah pukul 7 malam, duduk berehat sebentar dan kemudian solat Magrib, Selesai solat Maghrib, Embun dan Kekwa akan bersiap pula untuk mengaji Al-Quran di rumah ustazah yang sebaris dengan rumah kami di Shah alam. Jadual mengaji mereka sampai pukul 9 malam ( selang sehari ). Habis mengaji, mereka akan membuat kerja sekolah dan kemas buku untuk esok harinya.
Sebenarnya, itu lah rutin harian kami... dari hari Isnin sehingga Jumaat. Hari minggu sahajalah waktu untuk anak anak bermain dan uminya sibuk membuat kerja rumah pula. Saya tidak gemar bercerita mengenai kerjaya saya kerana blog saya cuma berkisahkan kehidupan peribadi saya. Jadi sekiranya saya jarang ke udara, bukan kerana saya lupa... tetapi ini lah realitinya, saya masih terus melangkah dan akan terus melangkah bagi meneruskan kehidupan yang sementara ini.
Selama masih dipinjamkan nyawa,
selama masih dipinjamkan kesihatan yang baik,
selama masih diberi usia yang berkat,
mawar akan terus mekar..
dan mengharumkan taman sekeliling...
ceritera mawar,
bulan April 2017
MawarNafastari